TAPAK PERBEZAAN ASAL USUL GERAKAN MUHAMMADIYAH_x000D_
DAN NAHDLATUL ULAMA (NU) DI INDONESIA

Author : Maman Abdul Majid Binfas, MAMB
Abstrak :

Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama adalah dua organisasi sosial keagamaan yang dikenali_x000D_
oleh seantero masyarakat. Hal ini menyebabkan ia mendapat perhatian daripada para_x000D_
pengkaji untuk diselongkar rahsia-rahsia ilmiah, yang melibatkan para ilmuan tempatan_x000D_
mahupun antarabangsa. Selain itu, ia juga disebabkan oleh struktur kepimpinan yang tersusun_x000D_
rapi dan kukuh, bermula dari peringkat bawahan sehingga ke peringkat pusat (keseluruhan)._x000D_
Gerakan Muhammadiyah mula ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Kiyai Ahmad Dahlan_x000D_
kerana keadaan masyarakat Islam Indonesia pada ketika itu yang mengalami kemunduran dan_x000D_
kebekuan dalam berfikir terutamanya tentang kepercayaan masyarakat yang masih kuat_x000D_
berpegang kepada perkara-perkara tahayul, bidaah, dan khurafat. Manakala Nahdlatul Ulama_x000D_
pula ditubuhkan pada tahun 1926 oleh persatuan Kiyai-Kiyai di Jawa Timur, melalui pelbagai_x000D_
konflik, antaranya berlakunya perbezaan pendapat antara KH. Wahab Chasbullah dengan KH._x000D_
Mas Mansyur dalam persatuan Taswir al-Afkar atau Nahdlatul Wathan (1916), serta masalah_x000D_
Kongres al-Islam Hindia Timur (1926) yang diadakan oleh Raja Ibn Saud di Mekah. Justeru_x000D_
itu, ia menjadi sangat menarik untuk dikaji terutamanya berkaitan dengan asal usul wujudnya_x000D_
gerakan Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama di Indonesia serta perbezaan sejarah antara_x000D_
kedua-dua organisasi tersebut. Walaupun organisasi Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama_x000D_
hanyalah organisasi bersifat gerakan sosial keagamaan, namun terdapat perbezaan dalam_x000D_
proses penubuhan gerakannya, yang melibatkan sejarah asal usul gerakan dan penubuhan,_x000D_
karya penulisan dan pekerjaan para pengasasnya, langkah-langkah monumental, faktor-faktor_x000D_
yang menyokong serta institusi pendidikannya. Perbezaan-perbezaan tersebut turut_x000D_
mempengaruhi dinamika gerakan pendidikan masing-masing

Download Disini !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *